Showing posts with label Lost. Show all posts
Showing posts with label Lost. Show all posts

23 August, 2012

Tentang Kehidupan.



tidak pernah sekali pun aku sesali perbuatan ku
walaupun dosa ku lakukan,
walaupun telah banyak kesilapan
aku percaya semuanya adalah untuk mengajar erti kehidupan.

aku tak pernah menyesal
tak pernah menyesal dengan apa yang telah aku punyai masa lalu
bagiku semua yang pernah aku ada itu, indah
walaupun perit, pedih, ianya adalah catalyst untuk kenangan manis.

apa yang berlalu dan yang akan terjadi
aku serahkan, berserah kepada Allah S.W.T
aku percaya Dia telah mengaturkan yang terbaik bagiku
aku percaya semuanya telah tertulis buatku.

kadang kala aku merindui zaman kanak kanak dahulu kala
dimana aku tidak perlu risau akan apa apa
yang hanya ku rasakan adalah suka semata mata
belum pernah aku mengerti apa itu duka nestapa.

walaupun telah ramai datang dan pergi dalam hidup ini
percayalah setiapnya mempunyai sebutir sebutir memori
kau yang datang dan pergi
kau akan sentiasa terpahat dihati

aku telah gagal berkali kali
tetapi ianya adalah suratan takdir
apa yang telah terjadi dilangit dan dibumi
semuanya adalah kehendak Ilahi.

dosa dan kesilapan ku,
aku berdoa agar Allah mengampun kan ku,
jasa dan kebaikkan ku,
aku berdoa agar Allah menggandakan pahala ku.

15 August, 2012

My first love

2004

i play this, i see you.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.

Abah.
engkau lah lelaki pertama yang aku cintai,
abah meninggalkan ku tepat pada tarikh lahir ku yang ke-16,
perit aku rasai, sakit ku tempuhi, cabaran yang ku hadapi.

sebelum itu, semua yang manis dapatku rasai,
sebelum itu, semua yang ku pinta akan abahku penuhi,
pada masa itu, kesempurnaan dapat ku nikmati.

jika kau benar mengenali diriku, aku selalu mendiamkan diri.
apabila "abah, bapa, ayah, papa, daddy, abi" menjadi topic perbualan manusia sekelilingku ini.
sebak, aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata,
kerana sebak, sebak didada
ku mahu melitupi air mata.

aku mengaku, pada mulanya aku tidak redha akan pemergiannya
kadang kala, tat kala duka, bermonologue ku sendiri
seakan-akan aku melihatnya berdiri, seakan-akan aku bercakap dengannya.
astaghfirullah. mengucapku sendiri, aku menerima takdirNya,
kembaliku pada realiti.

kini, sudah 21 tahun usia jasadku
kini sudah 6 tahun abah meninggalkanku
semua kenangan masih panas, masih panas segar diingatanku
segala yang terjadi, masih jelas terbayang dimataku.

abah, puterimu ini sangat merinduimu
abah, anak kesayanganmu ini amat benar dahagakan sentuhanmu.
setelah ketiadaanmu, ibu menjagaku dengan penuh kesabaran.
setelah ketiadaanmu, ibu menjagaku penuh dengan ketetapan.

abah telah memilih ibu sebagai ratu hidupmu,
abah tahu ibu yang terbaik untuk berada disisimu,
tidak pernah sekali pun ibu menoleh jauh darimu,
sehingga nafas terakhirmu dia tetap teguh berdiri disisimu,
hebatnya Allah memberimu isteri sebaik ibu.

bersyukur ku kepada Allah
dilahirkan didunia oleh sepasang kekasih, sepasang kekasih bernama Hasamdin & Hasnah.
sepasang kasih yang ku sayangi, sepasang kasih yang amat ku cintai.
bersyukurku kepada Allah.

Alhamdulillah.
Amin.
Al-fatihah. Hasamdin ibnun Fatimah Syam (1 May 1949 - 20 March 2006)