15 August, 2012

My first love

2004

i play this, i see you.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.

Abah.
engkau lah lelaki pertama yang aku cintai,
abah meninggalkan ku tepat pada tarikh lahir ku yang ke-16,
perit aku rasai, sakit ku tempuhi, cabaran yang ku hadapi.

sebelum itu, semua yang manis dapatku rasai,
sebelum itu, semua yang ku pinta akan abahku penuhi,
pada masa itu, kesempurnaan dapat ku nikmati.

jika kau benar mengenali diriku, aku selalu mendiamkan diri.
apabila "abah, bapa, ayah, papa, daddy, abi" menjadi topic perbualan manusia sekelilingku ini.
sebak, aku tidak mampu mengeluarkan kata-kata,
kerana sebak, sebak didada
ku mahu melitupi air mata.

aku mengaku, pada mulanya aku tidak redha akan pemergiannya
kadang kala, tat kala duka, bermonologue ku sendiri
seakan-akan aku melihatnya berdiri, seakan-akan aku bercakap dengannya.
astaghfirullah. mengucapku sendiri, aku menerima takdirNya,
kembaliku pada realiti.

kini, sudah 21 tahun usia jasadku
kini sudah 6 tahun abah meninggalkanku
semua kenangan masih panas, masih panas segar diingatanku
segala yang terjadi, masih jelas terbayang dimataku.

abah, puterimu ini sangat merinduimu
abah, anak kesayanganmu ini amat benar dahagakan sentuhanmu.
setelah ketiadaanmu, ibu menjagaku dengan penuh kesabaran.
setelah ketiadaanmu, ibu menjagaku penuh dengan ketetapan.

abah telah memilih ibu sebagai ratu hidupmu,
abah tahu ibu yang terbaik untuk berada disisimu,
tidak pernah sekali pun ibu menoleh jauh darimu,
sehingga nafas terakhirmu dia tetap teguh berdiri disisimu,
hebatnya Allah memberimu isteri sebaik ibu.

bersyukur ku kepada Allah
dilahirkan didunia oleh sepasang kekasih, sepasang kekasih bernama Hasamdin & Hasnah.
sepasang kasih yang ku sayangi, sepasang kasih yang amat ku cintai.
bersyukurku kepada Allah.

Alhamdulillah.
Amin.
Al-fatihah. Hasamdin ibnun Fatimah Syam (1 May 1949 - 20 March 2006)



No comments: